Banjir Sabah makin teruk, enam daerah berstatus kawasan bencana
Enam daerah di Sabah diisytiharkan kawasan bencana oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Daerah-daerah terbabit adalah adalah Beaufort (banjir), Penampang (banjir, tanah runtuh), Tawau (kebakaran), Papar (banjir, tanah runtuh), Membakut (banjir) dan Putatan (banjir).
Sementara itu, mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh di negeri itu meningkat kepada 2,533 mangsa.
Banjir bertambah buruk dengan keseluruhan mangsa hari ini mencecah 2,452 orang melibatkan 652 keluarga yang ditempatkan di 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Menurut Laporan Situasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), daerah Penampang mencatat wilayah yang paling terkesan dengan 910 mangsa, manakala Membakut seramai 611 mangsa dan Putatan 456 mangsa.
NADMA menyatakan, trend bencana banjir secara umum menunjukkan peningkatan di sebahagian besar daerah, kecuali Membakut yang keadaannya tidak berubah.
“Selain banjir, kebakaran berskala besar di Tawau menyebabkan 59 mangsa daripada 11 keluarga terpaksa dipindahkan tetapi keadaan tetap stabil.
Setakat ini, 13 kematian direkodkan di Sabah akibat kejadian tanah runtuh, iaitu tujuh di Kota Kinabalu (semalam), lima di Papar (semalam) dan satu di Penampang (kelmarin).
BACA JUGA PM Anwar dianugerah Imam Khalifah Agong, RM2 juta gerakkan Pendekar Madani