Ramai terkejut suami curang di klinik kesihatan sebut ‘ayaq’, ‘fai’

Tular sedutan sembang teks di media sosial melibatkan seorang suami yang sebelum ini kecoh ‘kantoi’ curang di klinik kesihatan dengan skandalnya.

Menerusi klip video yang difahamkan dikongsi oleh isteri lelaki berkenaan, kedengaran dan terpapar penggunaan panggilan “acu” dan “dakcik”.

Paling menarik perhatian warga maya apabila lelaki itu antara lain menulis hendak “hantar ayaq” kepada rakannya dan seorang lagi rakan mahukan “fai”.

Rata-rata netizen terkejut dan menganggap lelaki berkenaan kemungkinan seorang ‘pusher’ yang lazimnya merujuk kepada penjual atau pengedar dadah.

Difahamkan, ‘ayaq’ atau air dalam loghat utara kadangkala jadi bahasa slanga untuk syabu atau bahan terlarut dadah.

Sementara itu, perkataan ‘fai’ pula adalah bahasa slanga yang digunakan oleh penagih merujuk kepada pil kuda atau sejenis dadah berbentuk pil.

BACA JUGA Heboh ‘kantoi’ curang di klinik kerajaan, ‘seluar bintang’ pula jadi bualan