Isu REE: Kelakar kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan ini…
OLEH SYAM GHAZ
REE: Kelakar adinda saya Ketua Pemuda Pas Kelantan ini.
Kononnya marah Kerajaan Pusat buat MOU nak bangunkan kilang Ree di Malaysia.
Dia tak tahu ke untuk eksport ke luar Negara, lesen dan lain-lain kena kelulusan Kerajaan Pusat dulu, walaupun dalam artikel 9 Perlembagaan Persekutuan kata mineral tu hak negeri.
Dia juga tak baca kot yang GLC Kerajaan Kelantan dah buat MOU dengan Lynas Malaysia syarikat dari Australia. Produk dari Lynas ni jual kat AS juga. Habis tu duk marah AS tu kenapa? Sedangkan kerajaan negeri pun buat benda sama?
Ke nak buat macam Kedah, JV dengan syarikat yang boleh supply ke China? Akhirnya jadi ke jual timbang kilo dan ditahan kastam/polis di pelabuhan kan?
Ke nak jadi macam Perlis yang Jv dengan anak syarikat Vincent Tan, sampai 3,000 ekar tanah nak “tanam durian”.
Jika kerajaan negeri PH/BN buat mesti kena maki berjemaah kata nak jual negeri kepada syarikat tauke judi kan?
Pemuda Pas zaman sekarang tak seperti zaman dulu ya, malas membaca dan tak ada critical thinking dalam menulis dan analisis.
BACA JUGA SPRM dah lama siasat, MUIS terbukti tidak terbabit dakwaan salah guna kuasa