Ringgit di paras terbaik malam tadi, RM4.14 berbanding dolar AS

Ringgit berada di paras paling tinggi malam tadi iaitu RM4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menurut paparan kadar tukaran Google.

Ia sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia dan meninggalkan beberapa mata wang lain.

Menurut laporan penutup pada 6 petang semalam, ringgit meningkat kepada 4.1360/1395 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.1555/1635.

Ringgit mengukuh berbanding mata wang ASEAN, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1752/1784 daripada 3.1899/1963.

Ia juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 247.7/248.0 daripada 249.4/250.1.

Lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.01/7.02 daripada 7.05/7.06, dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7595/7762 daripada 12.8367/8670.

BACA JUGA Petronas ambil 95% hasil petroleum Sabah, Sarawak? Ini penjelasan menteri