Pelancong Singapura masih datang ramai-ramai walau SGD lemah berbanding RM, kenapa?

OLEH NAZRI HAMDAN

Walaupun ringgit makin kuat berbanding SGD, pelancong Singapura masih berpusu-pusu masuk Malaysia dan membeli belah dekat sini.

Kadar tukaran bergerak sekitar SGD1 = RM3.50 (awal 2024) naik sampai SGD1 = RM3.17 (November 2025) tapi tak menunjukkan sebarang tanda penurunan pelancong dari negara itu.

Persoalannya, pada tahap berapakah kadar tukaran yang mereka akan mula berfikir dua kali sebelum masuk Malaysia.

Ada kemungkinan besar kita akan mula nampak penurunan pelancong dari Singapura kalau kadar tukaran bergerak ke SGD 1= RM 3.00.

Ini kerana pada ambang SGD1 = RM3.00 ia adalah titik di mana relative purchasing power rakyat Singapura mula tak berbaloi lagi untuk “cross-border consumption”.

Pada kadar biasa RM3.30–RM3.50, setiap SGD membawa kuasa beli 30–40% lebih tinggi, menjadikan makan, petrol, servis, dan membeli belah di Malaysia jauh lebih murah berbanding Singapura.

Tetapi bila ringgit menghampiri RM3.00, kuasa beli mereka jatuh hampir 15% sekaligus.

Contohnya makan RM20 yang dulu hanya SGD5.70 kini menjadi SGD6.70 dan untuk perbelanjaan satu keluarga sehari yang biasanya SGD120–SGD200, perbezaan hilang subsidi harga itu boleh mencecah SGD20–SGD30 sehari, cukup untuk membuat pengguna Singapura mula mempertimbangkan trade-off: “berbaloi ke, atau baik stay SG?”

Maka titik RM3 ialah ambang psikologi dan ambang ekonomi bila diskaun Malaysia makin mengecil, insentif untuk datang mula hilang.

BACA JUGA Pendulang berpengalaman nasihat jangan tinggal kerja tetap kerana nak cari emas