Hampir separuh sudah buang undi

Sebanyak 45.5 peratus daripada daripada 1.78 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab setakat pukul 1 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan terdapat 793,038 orang telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Sejak 7.30 pagi tadi, 882 pusat dan 3,559 saluran mengundi di seluruh Sabah sudah mula dibuka.

SPR menyasarkan kira-kira 70 peratus pemilih berdaftar keluar menjalankan tanggungjawab mengundi.

Seramai 1.78 juta pengundi layak menentukan wakil mereka dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk tempoh lima tahun akan datang.

Daripada jumlah itu, 53.9 peratus atau 960,099 pengundi muda berusia antara 18 dan 39 tahun sekaligus merupakan kelompok terbesar dan berpotensi mencorakkan landskap politik Sabah.

PRN Sabah kali ini menyaksikan seramai 596 calon daripada 22 parti politik dan 74 calon Bebas berebut untuK menguasai 73 kerusi DUN.

BACA JUGA Ditahan reman 6 hari, Shamsul Iskandar perlu rawatan bagi pelbagai penyakit