Siapkan projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru dalam tempoh waktu yang dijanjikan

Ahli Parlimen titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendesak pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru untuk menyiapkan kediaman dalam tempoh yang dijanjikan.

“Penduduk mengharapkan rumah itu sebagai pampasan, tetapi apabila rumah tidak siap, timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Citrawarna Kampong Bharu 2025 sempena sambutan 125 tahun Kampung Bharu anjuran Kelab Belia Kampung Bharu di sini hari ini.

Johari berkata, terdapat juga penduduk yang mendakwa semasa menandatangani perjanjian pembangunan semula di Kampung Sungai Baru, mereka menandatanganinya dengan sebuah syarikat, tetapi syarikat berkenaan difahamkan telah menjual sebahagian kepentingannya kepada pemaju baharu.

“Penduduk mengharapkan rumah itu sebagai pampasan, tetapi apabila rumah tidak siap, timbul masalah,” katanya selepas melancarkan Citrawarna Kampong Bharu 2025 sempena sambutan 125 tahun Kampung Bharu anjuran Kelab Belia Kampung Bharu.

Johari berkata, terdapat juga penduduk yang mendakwa semasa menandatangani perjanjian pembangunan semula di Kampung Sungai Baru, mereka menandatanganinya dengan sebuah syarikat, tetapi syarikat berkenaan difahamkan telah menjual sebahagian kepentingannya kepada pemaju baharu.

Beliau juga telah meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur menumpukan perhatian kepada pembangunan dua blok kediaman terlebih dahulu untuk membolehkan pemilik tanah tradisi kembali ke kawasan asal mereka.

Projek pembangunan semula kawasan itu secara rasmi dimulakan pada 30 November lalu dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun.

BACA JUGA: Kerajaan tak pernah terlibat pemilihan pemaju Kampung Sungai Baru