Jadi AJK PKR cabang Sungai Siput pun dapat perlindungan insuran
Kesemua 33 orang anggota jawatankuasa PKR cabang Sungai Siput telah mendapat perlindungan insuran, umum ketua cabangnya, Novinthen Krishnan.
“Menyedari risiko yang dihadapi oleh rakan-rakan seperjuangan saya yang sering berada di lapangan dan di jalan raya, saya telah mengambil keputusan untuk menyediakan perlindungan Insurans Kemalangan Peribadi (PA) kepada semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sungai Siput,” umum Novinthen.
“Saya tidak mahu melihat pemimpin kita berkhidmat dalam keadaan bimbang. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan atau musibah, sekurang-kurangnya keluarga mereka mempunyai jaringan keselamatan kewangan yang boleh diharap.”
Setiap pemegang polisi akan mendapat manfaat berikut:
- Pampasan Kematian Akibat Kemalangan: RM50,000
- Lumpuh Kekal: RM50,000
- Elaun Pendapatan Hospital: Sehingga RM6,000
- Bayaran Balik Kos Perubatan: RM2,000
- Elaun Ihsan: RM2,000
Kesemua ketua ranting akan mendapat perlindungan insuran mulai 1 Januari.
BACA JUGA: Mahu faham Belanjawan 2026 dengan mudah? Kini anda boleh tanya AISSAH