Undang-undang anti lompat parti tak mampu berfungsi?
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said menangkis pandangan Fawwaz Jan (PN-Permatang Pauh) bahawa undang-undang anti lompat parti sedia ada tidak mampu menyekat wakil rakyat meninggalkan parti mereka.
“Kerajaan Madani berpandangan bahawa peruntukan sedia ada berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti adalah mencukupi.
“Walau bagaimanapun, Kerajaan Madani sentiasa terbuka untuk meneliti sebarang cadangan atau pandangan yang dikemukakan oleh semua parti Kerajaan, pihak pembangkang serta pihak berkepentingan lain, sekiranya terdapat keperluan untuk memperhalusi atau menambah baik kerangka perundangan berkenaan pada masa hadapan.
“Kestabilan politik bukan sekadar soal kelangsungan kerajaan, tetapi merupakan prasyarat kepada keyakinan pelabur, kelangsungan dasar negara dan kesejahteraan rakyat.”
Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Fawwaz.
Undang – undang anti lompat parti tersebut merujuk kepada Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) yang diluluskan pada tahun 2022.
BACA JUGA: Harapnya Muhyiddin, Bersatu dah faham kenapa Akta Lompat Parti diperlukan