Kecoh majlis makan malam dihadiri Trump diceroboh penembak

Suasana White House Correspondents’ Dinner di Washington Hilton yang dihadiri Presiden Donald Trump, bertukar kecoh selepas berlaku adegan tembakan sehingga mencetuskan panik. 

Beberapa pegawai kanan kerajaan dikejarkan keluar dari dewan oleh Perkhidmatan Rahsia (Secret Service), sementara ribuan tetamu lain dikunci (lockdown) di dalam ballroom.

Kejadian bermula ketika majlis sedang berlangsung dalam keadaan biasa sebelum tiba-tiba suasana terganggu oleh bunyi kuat yang disyaki tembakan. 

Beberapa saksi menyebut bunyi letupan itu berlaku berturut-turut dan mencetuskan keadaan panik dalam kalangan tetamu.

Dalam kekecohan tersebut, tetamu dilihat meniarap atau membongkok di bawah meja masing-masing sebagai langkah keselamatan, manakala Secret Service segera bertindak mengiringi Presiden keluar dari lokasi sambil mengarahkan orang ramai “stay down, stay down”.

Laporan di lokasi menyebut Trump dibawa keluar dari meja utama secara tergesa-gesa, diikuti oleh Melania Trump. 

Dalam situasi yang semakin tegang, seorang tetamu dilaporkan diiring keluar dengan cara luar biasa apabila ejen keselamatan melompat melepasi meja dan kerusi kosong untuk membawa individu tersebut keluar. Penghadang keselamatan turut ditolak sebelum proses pemindahan selesai.

Sementara itu, media tempatan sebentar tadi melaporkan bahawa individu yang disyaki terlibat dalam mencetuskan tembakan tersebut telah pun ditahan.

Trump juga sempat memuat naik hantaran pada platform Truth Social beliau, menyifatkan kejadian berlaku sebagai malam yang agak luar biasa 

Dalam hantaran berasingan, Trump berkata Melania, Naib Presiden JD Vance dan semua anggota Kabinet “dalam keadaan baik.”

BACA JUGA Syahir kena terus terang, nak diesel naik macam Semenanjung ke turun macam Sabah Sarawak?