Betul ke kerajaan Pusat ada hutang LPT2 kepada Terengganu? Ini fakta yang tak dicerita habis

Baru-baru ini seorang Exco Terengganu mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum melunaskan tuntutan bayaran balik kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kepada Kerajaan Terengganu.

Hutang tersebut berjumlah kira-kira RM1.43 bilion dan statusnya terus tertangguh sehingga kini.

Namun persoalannya benarkah Kerajaan Pusat berhutang kepada kerajaan negeri?

Laman Greater Terengganu Development ada menjawab persoalan ini, mendakwa isu tersebut sebenarnya berpunca daripada perbezaan tafsiran sejak awal pembinaan projek, bukannya kegagalan jelas Kerajaan Persekutuan melunaskan hutang seperti yang digambarkan.

Ia mendakwa, pada 2020 ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi pemerintah, Kerajaan Persekutuan pada waktu itu dilaporkan menolak tuntutan kerajaan Terengganu dan menegaskan bahawa tiada hutang wujud secara rasmi.

Apabila pentadbiran Persekutuan berubah sekali lagi pada akhir 2022 di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, barulah ruang rundingan dibuka semula.

Kami kongsikan ulasan penuh laman itu yang banyak berkongsi realiti sebenar ekonomi Terengganu.

Betul ke Kerajaan Pusat ada hutang LPT2 kepada kerajaan negeri? Ini cerita sebenar

Kisah bermula pada tahun 2006. MB Terengganu ketika itu Dato Seri Idris Jusoh mahu membangunkan infrastruktur segera bagi pembangunan negeri

Pada ketika itu, kerajaan Persekutuan mengalami kekangan kewangan. 

Oleh itu kerajaan Terengganu telah bersetuju membiayai sebahagian kos melalui Wang Ihsan. 

Kerajaan Terengganu beranggapan itu adalah hutang kepada kerajaan Pusat. Namun kerajaan Persekutuan ketika itu berpandangan ia adalah ihsan kerana berpegang bahawa apa-apa hasil minyak yang dijumpai lebih 3 batu nautika daripada pesisir pantai bukan lagi hak negeri

Disebabkan projek masih berjalan, jumlah sebenar penggunaan wang ihsan belum diketahui. Oleh itu perbezaan pandangan tentang status wang tersebut belum dibincangkan sepenuhnya

Akhirnya LPT2 siap dan dirasmikan pada 31 Januari 2015. Selepas dikira sepenuhnya, jumlah penggunaan wang ihsan bagi membiayai projek ini adalah sekitar RM1.85 bilion (40% daripada kos sebenar)

Hanya dalam masa 6 bulan (Julai 2015), Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah bersetuju dengan rayuan kerajaan Terengganu dan mengambil inisiatif membayar semula jumlah tersebut secara bertahap.

Hanya dalam masa 6 bulan, pembayaran balik bermula

Pada tahap pertama dipersetujui pembayaran dibuat secara tunai sebanyak RM200 juta dan secara projek yang bernilai RM218.5 juta

Namun kerajaan negeri Terengganu dan Persekutuan telah bertukar tangan pada 2018 — menyebabkan rancangan bayaran balik seterusnya tergendala

Apabila kerajaan Persekutuan bertukar sekali lagi pada 2020, kerajaan Terengganu melihat inilah peluang terbaik untuk mendapatkan baki ‘hutang’ sebanyak RM1.43 bilion

Ini kerana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai aliran politik yang sama pada ketika itu. Kedua-duanya adalah Perikatan Nasional

Namun kerajaan Pusat telah menolak tuntutan itu malah tergamak mengeluarkan surat menegaskan kerajaan Pusat tidak mempunyai apa-apa hutang pun kepada kerajaan Terengganu 

Apabila kerajaan pusat bertukar tangan sekali lagi pada akhir 2022, PMX Dato Seri Anwar telah bersetuju membuka kembali ruang perbincangan

Walaupun belum ada keputusan tuntas, namun kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah awal menambah peruntukan pembangunan Terengganu sebanyak purata RM500 juta setahun lebih tinggi berbanding tahun 2022. 

Susah nak dapat? Ya, tapi susah tu sebab kita juga tak pandai guna kuasa masa jadi kerajaan Pusat dulu. Kenapa tak nak cerita sampai habis masalah ni sebenarnya datang dari mana? 😁😁

Nak salahkan Covid atau Selat Hormuz kali ni? 😅

Pandangan admin, kerajaan negeri tidak boleh terlalu keras hanya mahukan tunai. Tetapi perlu terbuka kepada pembayaran secara tunai + projek sepertimana zaman PM6 dahulu bagi menyelesaikan isu ini

Be flexible sepertimana MB Terengganu sebelumnya. Asalkan manfaatnya tetap pada rakyat

BACA JUGA Syahir kena terus terang, nak diesel naik macam Semenanjung ke turun macam Sabah Sarawak?