Ada gerakan gulingkan Tuanku? Ini seruan tegas pertahankan institusi Raja

Oleh LIYANA MARZUKI

Dari kecil saya diingatkan oleh Atok:

“Kamu keturunan ketujuh Dato’ Sagor. Pendekar Melayu Perak tersohor. Dia dibunuh British kerana pertahankan Raja dan adat Melayu, kena selalu ingat tu.”

Dah besar belajar di law school kita belajar prinsip asas. Raja Berperlembagaan.

Saya mulai sedar dan tahu. Kuasa Raja pun ada batasnya. Selagi mana mematuhi undang-undang dan Perlembagaan, kita patut beri kesetiaan.

Sesuai dengan adat Melayu: Raja adil, Raja disembah. Raja zalim, Raja disanggah

Dalam krisis Negeri Sembilan baru-baru ini, tak nampak salah DYMM Tuanku Muhriz.

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Baginda sahkan pemecatan seorang Undang tetapi Undang membalas dengan memecat pula Paduka Baginda.

Coup d etat tidak berperlembagaan. Dibantu pula dengan golongan baling batu sembunyi tangan.

Ramai senior dari korporat dan dekat dengan istana sampaikan kepada saya.

Tuanku Muhriz ini baik budi pekerti. Sebelum jadi Raja, Baginda dan isterinya bekerja seperti biasa. Humble. Anak pun berkhidmat di Khazanah elok saja.

Bila dah jadi Raja pun tetap sama. Tiada air atau bisnes besar-besaran. Atau dengar skandal yang mengaibkan. Blemishes tu normal. Nama pun manusia, ‘kan?

Saya menyeru kepada Rakyat Negeri Sembilan. Berdiri teguh di belakang Raja anda.

Sekarang ada gerakan tertentu yang masih berjalan untuk menggulingkan Baginda.

Institusi ini masih perlu kita pertahankan.

Moga kita terus taat dan setia kepada Raja-Raja Melayu, selagi mana mereka tidak melanggar batas Perlembagaan.

*LIYANA MAZUKI merupakan bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara.

BACA JUGA SPRM panggil Rafizi beri keterangan 4 Mei ini