Ramai terkejut ingatkan Nik Zawawi nak minta maaf, rupanya dia maafkan orang lain

Tular rakaman video memaparkan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh tampil membuat penjelasan susulan kenyataan kontroversinya mengenai sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW.

“Saya tak nak marah kepada sesiapa. Saya maafkan kepada sesiapa. Tapi fahamkan apa yang saya maksudkan…

“Jadi, selamat membaca. Selamat menalaki kitab-kitab…,” kata Nik Zawawi.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat menempelak pemimpin Pas berkenaan memandangkan Nik Zawawi tidak memohon maaf sebaliknya bertindak memaafkan pula pihak lain.

Rata-rata mengecam kenyataan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu termasuk mendesak Nik Zawawi mengemukakan kitab mana yang menceritakan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman al-Affan dan Ali Abi Talib kononnya mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.

“Boleh tunjukkan kitab mana yang menceritakan sahabat nabi kaki zina, ceti, rogol anak dara orang suka hati? Ini yang rakyat nak tahu. Berlaku adillah. Pasal apa ustaz nak maafkan rakyat pula? Siapa yang kata sahabat penzina, ceti bagai tu siapa? Ustaz ke rakyat?

“Dah pernah jadi timbalan menteri pertanian. Dialah menteri yang mengatakan kenaikan harga barang bukan masalah besar bagi rakyat masa zaman PN.

“Orang bertanya-tanya pasal dia fitnah Abu Bakar sebagai bapa ceti. Istilah bapa ni ialah ketua. Jadi, ia adalah seorang ketua ceti. Ni duk putar belit lain pulak.

“Kalau geng dia, kita kena dengar penjelasan. Kalau lawan dia, penjelasan pun tak guna,” demikian antara sindiran dan kecaman warga maya.

BACA JUGA Dewan Ulama Pas akui Nik Zawawi silap, minta cermat dan hati-hati