Umno, PH Pasir Puteh buat laporan polis terhadap Nik Zawawi
Umno dan PKR Pasir Puteh hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh susulan kenyataan kontroversi beliau yang menghina para sahabat Rasulullah SAW.
Ketua Pemuda Umno Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali bersama Ketua Cabang PKR Pasir Puteh, membuat laporan polis pada jam 10 pagi tadi bersama beberapa ahli PH yang lain.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Muhammad Saifullah berkata, perbuatan menghina sahabat Nabi umpama menghina agama Islam.
Beliau turut mendesak pemimpin Pas itu untuk segera meletakkan jawatannya.
Hari ini, Nik Zawani membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tiga hari beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi itu.
Beliau sebelum itu mengeluarkan video panjang lebar yang mempertahankan tindakannya, dan langsung tidak memohon maaf
Selepas desakan berterusan dari pelbagai pihak, pemimpin Pas itu mengakui kesilapannya, mendakwa beliau kurang cermat dalam mengolah maklumat serta ketika menyampaikan kenyataan berkenaan.
BACA JUGA Rupanya bukan kali pertama Nik Zawawi cakap ikut sedap mulut