‘Saya tak nak jumpa Harakahdaily di mahkamah, kita jumpa di akhiratlah’

Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bercadang mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan bahawa beliau sebelum ini membantah penjualan atau eksport pasir.

“Saya tak nak jumpa di mahkamah, jumpa di akhirat sebab dia harus hentikan fitnah tersebut,” katanya kepada media.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu juga menegaskan pihaknya bersetuju dengan aktiviti eksport pasir selagi mematuhi semua piawaian dan syarat ditetapkan pihak berkuasa.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa Pas sebelum ini membantah penjualan atau eksport pasir.

Wan Rosdy pada Persidangan Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang baru-baru ini memetik laporan media rasmi Pas, Harakahdaily bertajuk ‘Hentikan segera eksport pasir demi alam sekitar’.

Laporan pada 2017 itu bagaimanapun berdasarkan kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan bukan daripada Tuan Ibrahim sendiri.

BACA JUGA Ini antara program di IPTA yang boleh dimohon lepasan tahfiz, SPMC/UEC