Malu pada Lokman Adam, Wan Hussein pertahan PMX siang malam

Oleh NORMAN RADZUAN

Bila saya tulis, “Saya beritahu di Johor Bahru, kegagalan media kita ada tiga perkara… Tiada strategi dan sistem, tidak konsisten dan tak pandai touch emosi. Kita patut malu pada Lokman Adam dan Wan Hussein yang mempertahankan PMX saban hari seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden mereka…”, ada ramai yang bersetuju dan ada juga persoalkan bagaimana?

Memang saya tidak akan tulis terperinci, nama pun strategi jika tulis di public tentu ada lawan yang membaca. Ia bukan lagi strategi tapi dah kira kelas mengaji.

Saya lihat ada Cabang yang buka akaun TikTok, tapi content tak tersentuh emosi pengundi, kadang content macam lesu, ada yang buat tapi tak konsisten dan tiada disiplin.

Sebab itu waktu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru, 17 Mei lepas, saya beritahu, dulu ketika kerja surat khabar walau sehari tak boleh miss deadline ditetapkan. Ini disiplin orang media.

Anda boleh lihat content Akmal Saleh, YB Helmi, Ali Bakhtiar, Steven Sim, Datuk Jamawi dan ramai lagi yang berjaya sentuh emosi pengundi kawasan mereka. Content bagaimana mereka lakukan hingga mereka disukai pengundi.

Bagaimana Akmal Saleh sendirian, boleh gugat keharmonian PH dan BN? Sebab keberkesanan content dia lakukan. Sekejap dia serang, sekejap dia provokasi, sekejap dia play victim.

Itu semua strategi dan dia mempunyai disiplin yang baik untuk buat content hampir setiap hari.

Kita kena belajar jangan triggered apabila ada yang menegur. Kita tidak boleh berikan cerita yang enak didengar sahaja untuk Presiden. Hakikatnya, ‘jentera media’ kita lemah.

Saya harap netizen tidak perlu serang Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil. Saya saksi hidup beliau seorang yang bekerja kuat. Jam 1 pagi jika saya text, beliau akan berikan kerjasama yang baik dan pantas. Tapi beliau perlukan sokongan kita semua.

Jika saya dipanggil menjadi Speaker, saya sering ingatkan kesilapan kita hanya tuding jari pada Menteri atau KP Jkom.

Tapi tanya pada diri kita, adakah kita buat content sama ada menulis atau content di TikTok sepertimana ‘walaun’ lakukan dari Subuh hingga larut malam?

Presiden PKR perlukan ahli-ahlinya lawan atau bantunya di media sosial.

Saya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tahu betapa penting peranan media dan disebabkan itu beliau jemput saya ke Bukit Gasing berbicara selama hampir tiga jam sebelum menjadi PM.

Saya masih ingat beliau mahu setiap Ketua Cabang mempunyai akaun TikTok dan Facebook. Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dulu, tanyalah mereka yang dekat dengannya, beliau sangat menghormati orang media.

Dikatakan beliau akan teruja mendengar kata-kata orang media. Sebab itu beliau menggunakan khidmat SUA bukan dalam kalangan orang Pas.

Media memainkan peranan sangat besar dalam membentuk persepsi rakyat terhadap sesebuah parti politik terutama di era media sosanial.

Strategi media yang baik boleh membantu parti membina kepercayaan, menyampaikan naratif, dan menggerakkan sokongan akar umbi.

Pantas menjawab

Baiklah saya ceritakan serba sedikit atau secara asas. Antara strategi dan peranan media untuk membantu parti politik seperti:

1) Membina naratif parti membantu menjelaskan visi, perjuangan dan hala tuju parti supaya rakyat faham apa yg diperjuangkan.

2) Mengawal persepsi awam. Dalam politik, persepsi sangat penting. Cara isu disampaikan boleh menentukan sama ada rakyat melihat parti sebagai stabil, progresif atau bermasalah.

3) Counter propaganda dan fitnah. Media parti atau media mesra boleh bertindak pantas menjawab serangan lawan dengan fakta dan penjelasan yang mudah difahami rakyat.

4) Menguatkan emosi dan semangat penyokong. Video, ucapan, kempen digital dan kandungan media boleh menaikkan semangat penyokong terutama menjelang pilihan raya.

5) Mendekati pengundi muda sebab parti kita perlukan pengundi muda. Malangnya, MU parti baru fokus kepada anak muda di kalangan mahasiswa.

Platform seperti TikTok, Instagram, Facebook dan X penting untuk menyampaikan mesej dalam gaya yang lebih santai, ringkas dan mudah tular. Anak muda tidak datang ceramah, mereka hanya duduk dalam bilik. Apa sahaja maklumat di media sosial, mereka hadam.

6) Gunakan media untuk menonjolkan pencapaian kerajaan atau wakil rakyat dan banyak lagi.

Sebab itu, mana-mana mereka yang mahu saya mengajar ia tidak boleh dilakukan dalam masa sejam atau 3 jam. Ia perlukan 2 hari dari pagi hingga ke malam.

Saya tidak mahu mereka yang hadir kelas hanya untuk tambah kolestrol tapi pulang tidak bawa ilmu yang dipelajari.

Jika saya mengajar, saya tidak akn mengajar atau melatih ilmu sebagai orang media tapi bagaimana untuk menjadi propagandis. Dalam politik, peranan propagandis itu lebih penting daripada menjadi orang media.

Bagaimana sistem bekerja setiap Cabang boleh membantu state atau pimpinan di pusat? PKR ada 222 Cabang tidak silap saya. Bayangkan jika setiap Cabang melalui ‘komuniti media’ setiap cabang bergerak?

Sebab itu, selalu saya katakan Ketua Cabang mesti mempunyai kewangan yang baik. Mereka perlu membiayai kos media tempat masing-masing.

Tidak kira KC atau mereka yang ada jawatan dalam parti, buat masa ini jangan fokus melobi untuk jadi calon tetapi fokus pertahankan Presiden kita yang diserang dari luar negara, pembangkang dan dalaman parti.

Presiden juga mengikuti kalian di media sosial. Jika nampak sesiapa yang betul-betul bekerja, tidak perlu lobi sebab tiba-tiba nama anda naik.

Dalam era sekarang, perang politik bukan lagi dikuasai di pentas ceramah tetapi di media sosial dan ruang digital. Parti yang gagal menguasai naratif media biasanya sukar mengekalkan momentum sokongan.

Itu sahaja sedikit penerangan apabila ada yang bertanya… bagaimana?… Jadi, ia buat mereka yang ingin tahu.

Saya bukan sekadar menulis kononnya terpaling pandai tetapi nak kongsikan pengalaman.

Saya terpaksa menulis nak sedarkan kita semua – Kita sudah memasuki zon perang.

Ingat! 2016 kita adalah ‘government in waiting’ tetapi dengan sikap seperti sekarang, jangan hairan 2026 ini kita adalah ‘oppositionin waiting.’

Mengenai pendirian saya apabila PKR sekali lagi diuji dengan pimpinan yang keluar parti, saya kekal bersama PKR.

25 tahun saya sanggup bersabar untuk lihat Datuk Seri Anwar jadi PM, takkan saya nak tinggalkan diri beliau.

Lagipun ekonomi kita semakin pulih dan Datuk Seri Anwar tidak rompak harta rakyat, kenapa perlu saya tinggalkannya? He still my hero.

BACA JUGA Johari Abdul umum kekosongan dua kerusi Parlimen PKR