Polis terima 59 laporan, Tony Pua akan dipanggil untuk dirakam keterangan
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil pihak polis dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan.
Ia selepas PDRM menerima 59 laporan terhadap beliau susulan hantaran yang menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara di Facebook.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan selanjutnya.
“Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
“Justeru, kita akan memanggil Tony Pua dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,” katanya dalam sidang media hari ini.
BACA JUGA OIC kecam sekeras-kerasnya keganasan, penghinaan tentera Israel terhadap aktivis flotila