Teguran kepada MB Terengganu, jangan pilih-pilih fakta untuk tutup kelemahan

Prestasi kewangan TDM Berhad kembali menjadi perhatian apabila sebuah akaun Facebook yang banyak membongkar realiti ekonomi di Terengganu, mempertikaikan naratif yang cuba ‘menyedapkan’ keadaan sebenar syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu itu.

Laman Facebook Greater Terengganu Development menegur tindakan pihak tertentu yang didakwa terlalu menonjolkan peningkatan 0endapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) syarikat sedangkan laporan kewangan sebenar menunjukkan TDM masih mencatatkan kerugian bersih.

Hantaran itu turut menyindir ‘jentera propaganda’ yang didakwa cuba mempertahankan imej Ahmad Samsuri Mokhtar dengan memilih fakta tertentu sambil mengabaikan indikator kewangan lebih penting seperti keuntungan bersih dan kemampuan syarikat membayar dividen kepada pemegang saham.

Berikut perkongsian penuh laman Facebook Greater Terengganu Development seperti di bawah;

Salam YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Molek semak balik kualiti jentera propaganda yang menjatuhkan imej YAB ini

Inilah bukti cherry picking / memilih-milih fakta bagi menutup kelemahan yang sedang berlaku

Tak wajar kita berbangga TDM mencatatkan EBITDA tinggi sedangkan hakikatnya syarikat sedang rugi.

Laporan The Star bahawa TDM mengalami kerugian (falls into the red) adalah hakikat prestasi sebenar yang cuba ditutup.

Sebagai syarikat senaraian awam, keuntungan / kerugian bersih (Net Profit/Loss) adalah angka paling muktamad yang menjadi penentu kepada keupayaan syarikat untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan mengukur nilai pulangan ekuiti

Walaupun EBITDA meningkat 16.6 kali ganda, tetapi ia mengabaikan kos-kos kritikal seperti bayaran faedah hutang dan susut nilai aset.

Oleh itu, TDM masih tidak sihat jika aliran tunai daripada operasi harian masih belum mampu menampung beban komitmen kewangan

Situasi penafian realiti ini serupa dengan apa yang pernah berlaku kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain pada masa lalu seperti Felda Global Ventures (FGV)

Pihak pengurusan sering kali menggunakan lonjakan EBITDA atau keuntungan operasi kasar dalam kenyataan media untuk meredakan keresahan awam. Walhal laporan audit kemudiannya menunjukkan kerugian bersih

Taktik seperti ini seolah-olah cuba ditiru oleh kita pula

Melihat kepada trek rekod sejarah sebelum tahun 2018, TDM Berhad pernah berada di kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh dan seimbang.

Contohnya pada 2016, TDM boleh membayar sekitar RM17.8 juta kepada pemegang saham terutama kerajaan Terengganu

TDM bukan sahaja merekodkan EBITDA yang baik ketika itu, malah diterjemahkan secara telus kepada keuntungan bersih yang konsisten, sekali gus membolehkan dividen diagih tanpa perlu berselindung di sebalik terma-terma perakaunan yang rumit.

Kepada lantikan politik, cukup-cukuplah memberi nasihat yang salah kepada MB kita

BACA JUGA Masjid tak tutup, azan tak dihalang, peguam ini kongsi kenapa naratif Islam terancam tak tepat