‘Apa Rafizi boleh buat jadi pembangkang?’, ramai pengundi Cina pilih Tengku Zafrul

Rata-rata pembaca sebuah ‘page’ berbahasa Cina dilihat lebih memihak kepada Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berbanding bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dapatan tinjauan tersebut dikongsikan penulis, Megat Hisemudin Megat Kasim.

Menurut beliau, laman itu telah bertanyakan soalan kepada pengguna media sosial:

“Jika anda adalah seorang pengundi Parlimen Pandan, adakah anda akan mengundi Rafizi atau Tengku Zafrul?”

Megat mendakwa, berdasarkan pemerhatiannya terhadap ruangan komen, ramai pengguna dilihat lebih cenderung menyokong Tengku Zafrul atas faktor kemampuan mengendalikan ekonomi dan kewangan negara.

“Ramai yang menyebut TZA (Tengku Zafrul Aziz) lebih berkeupayaan dalam bidang ekonomi dan kewangan.

“Dalam salah satu komen menyebut bagaimana TZA mengendalikan perbincangan tarif dagangan AS-Malaysia.

“Ramai pula yang memberikan jawapan sudah tentu akan memberikan undi kepada calon kerajaan, walau sesiapa sahaja,” tulis Megat.

Malah, tambahnya, tidak nampak komen-komen yang akan memberikan undi kepada Rafizi.

Walaupun tinjauan itu bukan bersifat rasmi, beliau melihat terdapat kecenderungan dalam kalangan pengundi Cina untuk mengutamakan faktor kestabilan ekonomi dan keupayaan calon dalam mengurus isu berkaitan ekonomi.

“Apa yang Rafizi boleh buat jika jadi wakil rakyat pembangkang, tanya mereka,” tulis Megat lagi.

BACA JUGA ‘Bimbang kalah pilihan raya?’, penyokong Pas berang konsert bercampur lelaki perempuan di Terengganu