Ramai teruja lihat Agong santap sarapan bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi tadi berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Banglo 289, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Menurut perkongsian di Facebook rasmi Seri Paduka, Sultan Ibrahim kemudian mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri yang berlangsung lebih sejam di Istana Bukit Tunku.
Sementara itu, Anwar menerusi media sosial beliau berkata, beliau dan Seri Paduka bertukar pandangan dalam suasana santai mengenai pelbagai perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.
Perdana Menteri menambah beliau turut beramah mesra dengan para pengunjung lain.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa teruja melihatkan keakraban Seri Paduka dan Perdana Menteri dalam suasana tidak formal pada hujung minggu.
“Kerap kali Tuanku Agong santap sarapan bersama PMX, perkara ini jarang-jarang berlaku sebelum-sebelum ini, bahkan mungkin tiada, jika ada pun di istana saja.
“Ini yang buat lebai-lebai walaun panas dengki sakit hati.
“Alhamdulillah, terbaik PMX. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki
“Kombinasi terbaik untuk Malaysia. Daulat Tuanku, Terbaik PMX,” demikian komentar warganet.
BACA JUGA Marah BN kerjasama dengan PH, tapi Pas pun cari Umno jika ‘tak chukop jumloh’