Janganlah pekak, Azmin jawab dakwaan Hadi Bersatu tiada jentera
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara sinis menasihati Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan Bersatu tiada jentera pilihan raya.
“Kadang-kadang saya tersinggung pada orang yang kata kita (Bersatu) tidak ada jentera (pilihan raya).
“Bukalah mata. Bukalah telinga. Janganlah pekak!
“Ini semua siapa ni? Ini bukan orang bunian. Ini jentera. Betul atau tidak?” tempiknya dalam ceramah Bersatu di Melaka.
Minggu lalu, dalam sidang media di Rusila, Marang, Abdul Hadi mendakwa Bersatu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, menuntut jumlah calon yang banyak tetapi tidak mempunyai jentera yang mencukupi untuk bekerja.
“Mereka ada calon, tetapi petugasnya terlampau sedikit berbanding jumlah keahlian yang didakwa beribu-ribu orang.
“Akhirnya apabila kita turun, yang bekerja di lapangan hanyalah ahli-ahli Pas sahaja.
“Itu realiti yang berlaku dan kita mengambil kira semua aspek ini,” kata Hadi sekaligus menyaksikan hubungan retak menanti belah antara Pas dan Bersatu dalam PN.
BACA JUGA Ini siapa ni, bukan orang bunian, Azmin jawab Hadi yang dakwa Bersatu tiada jentera