Cucu Nik Aziz kena tampar, siapa ahli politik berusia 62 tahun itu?
Polis merakam keterangan seorang ahli politik yang didakwa menampar cucu Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menghadiri program kepimpinan di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya turut merakam keterangan mangsa bagi membantu siasatan lanjut.
Menurutnya, insiden menampar pipi kiri mangsa itu berlaku di hadapan beberapa individu lain yang turut berada di tempat kejadian.
“Mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ahli politik tersebut.
“Pada 1 Jun 2026, jam lebih kurang 7 malam pihak polis menerima laporan dari ahli politik berkenaan berhubung kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah beberapa individu lain yang juga merupakan saksi kejadian akan dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Difahamkan, cucu Nik Aziz itu, Nik Alif Aiman bin Abdul Ariffahmi ditampar oleh ahli politik berstatus Senator.
BACA JUGA Puad keliru GLC dengan Badan Berkanun? – Sheikh Omar