2,000 pengunjung berpeluang nikmati juadah Kenduri Rahmah

Seramai 2,000 pengunjung pertama berpeluang menikmati juadah Kenduri Rahmah Wilayah Persekutuan pada hujung minggu ini.

Majlis anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan dengan Kerjasama AMANAH Wangsa Maju itu bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Melati.

Menerusi poster hebahan jamuan itu, program bermula jam 11 pagi sehingga 2 petang.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Kenduri Rahmah Wilayah Persekutuan ini.

BACA JUGA KUSKOP Era MADANI sasar bantu 200 PKS melangkah ke Bursa Malaysia