Sedihnya, nak jumpa MB tetapi kena halau

Tular di media sosial kisah mengenai seorang remaja perempuan di Kluang, Johor ingin bertemu dengan Menteri Besar tetapi berakhir dengan perasaan kecewa.

Menerusi catatan di TikTok di akaun kamiaku.muhammad, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi disifatkan sebagai pemimpin yang bersikap sombong kerana tidak menghargai usaha remaja berkenaan mengharumkan nama negara.

“Kesempatan yang dicari dan ditunggu-tunggu sekadar ingin mendapatkan tandatangan Menteri Besarnya pada surat tawaran beliau yang telah terpilih sebagai delegasi ke Model Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mewakili Malaysia berakhir hampa,” menurut catatan itu.

Lebih mengejutkan, dalam program anjuran Menteri Besar Johor itu, remaja berkenaan menempuh situasi dimalukan apabila didakwa diherdik oleh seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Beliau telah dihalang dari menuju ke arah MB dan diarahkan utk menyediakan surat rasmi permohonan terlebih dahulu sebelum berjumpa MB.

“Disuruhnya mencari kertas kosong kerana MB lebih prefer sign kertas kosong berbanding surat tawaran yang dibawanya. Dan disuruh pulang saja, halau?” menurut kenyataan itu lagi.

Akibatnya, tambah kenyataan itu lagi, remaja tersebut dikatakan pulang dengan tangan kosong dan hanya membawa pulang kekecewaan dan rasa kesedihan.

Menurut surat tersebut yang turut dikongsikan, pelajar Sekolah Tinggi Kluang, Siti Nur Aisyah berkenaan ditawarkan mengikuti program itu yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 21 hingga 24 Ogos nanti.

BACA JUGA Hari mengundi PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos