Tak sudah kemelut PN, MP pembangkang bermesyuarat malam ini
Ahli Parlimen Pembangkang mengadakan mesyuarat malam ini ketika kemelut Perikatan Nasional (PN) masih berlarutan.
Dijangka, usul berkaitan kenyataan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dibawa dalam mesyuarat bertempat di Pejabat Agung Pas itu.
Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin secara ringkas memberitahu pihak media akan membincangkan perkara itu dalam pertemuan tersebut.
Bagaimanapun, wakil rakyat Pas berkenaan enggan mendedahkan butiran lanjut.
Sementara itu Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan surat jemputan turut dihantar kepada Ahli Parlimen Parti Wawasan Negara.
“(Jemputan) kepada yang terpilih sahaja,” kata Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin dilaporkan berkata, parti itu kekal sebagai komponen PN.
Menurutnya, Bersatu akan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.
Mahiaddin juga menegaskan Bersatu tidak boleh disingkirkan dari PN secara unilateral atau berdasarkan keputusan satu pihak sahaja.
BACA JUGA Puteri Wangsa bukan untuk PKR, AMANAH Johor tampil nafi dakwaan serah kerusi PRN