Di sebalik isu Johor ‘bocor’, rupanya ada percaturan politik yang ramai terlepas pandang
Oleh LIYANA MARZUKI
Kita diajar, dalam politik jangan hanya melihat apa yang berlaku di permukaan. There is often more than meets the eye.
Teknik seperti diversion, smokescreen, red herring, malah provokasi strategik bukan perkara baharu. Semuanya sudah lama menjadi sebahagian daripada seni peperangan dan seni politik.
Bukan politikus mendapat ilham sendiri bagaimana hendak melakukannya. Banyak yang sudah dibincangkan oleh pemikir dulu kala.
Daripada Napoleon ke Machiavelli.
Daripada Marcus Aurelius ke Al-Farabi.
Daripada Sun Tzu ke Kautilya.
Khazanah hikmah mereka masih dibaca hingga hari ini oleh ahli strategi, diplomat dan pemimpin negara.
Kerana sifat manusia tidak banyak berubah. Yang berubah hanyalah pentasnya.
Medan pertarungan
Dua tiga minggu ini, menarik untuk diperhatikan bagaimana seorang otai politik mengendalikan game-nya.
Beliau melontarkan satu ayat yang ringkas.
“Johor kaya. Tetapi banyak yang bocor.”
Tiada huraian panjang. Tiada serangan peribadi.
Hanya satu frasa yang cukup untuk menetapkan arah perbincangan.
Jika benar itu strateginya, ini lebih kurang sama dengan prinsip:
“Pancing lawan memasuki medan pertarungan yang kita pilih.”
“Sesiapa yang menentukan medan pertarungan, dialah yang lebih hampir kepada kemenangan.”

Tujuannya bukan semestinya untuk menang hujah. Tetapi untuk menentukan medan pertarungan.
Beliau cukup arif bahawa langkah itu akan meletakkan lawannya dalam mode bertahan.
Kerana keputusan mahkamah berkaitan skandal 1MDB baru sahaja diterbitkan secara bertulis. Naratif mengenai kleptokrasi kembali menjadi perhatian.
Jika benar itu strateginya, inilah medan yang dipilih untuk memancing tindak balas lawan.
Kemudian datang pula tindak balas.
Yang menyahut bukan sahaja lawan politik.
Tetapi juga seorang figura dari kayangan yang terkenal aktif dan hands-on dalam urusan pentadbiran.
Mesejnya jelas.
“Jangan diusik kerajaan beta. Mereka sedang buat kerja.”
Di sinilah analisis politik menjadi menarik.
Dalam demokrasi, setiap tindakan membawa persepsi.
Sejarah pilihan raya Malaysia menunjukkan bahawa apabila institusi yang sepatutnya dilihat berkecuali dianggap memasuki gelanggang politik, akan sentiasa wujud risiko berlakunya backlash dalam kalangan sebahagian pengundi.

Ada beberapa pilihan raya yang memperlihatkan keadaan sedemikian. Parti yang dilihat mendapat sokongan akan berdepan risiko backlash.
Jurang persepsi boleh menyebabkan ada yang bertanya: “The game is rigged?”
Bukan menyerang balik
Yang lebih menarik, si otai tidak terus membalas.
Beliau membiarkan perbincangan berkembang dengan sendiri.
Tidak lama kemudian Kayangan pergi ke Persekutuan.
Bergambar. Bersalaman. Seolah-olah tiada apa yang terjadi.
Jika benar itu sebahagian daripada strateginya, ia mengingatkan kita kepada satu prinsip klasik yang sering dikaitkan dengan Napoleon:
“Never interrupt your enemy when he is making a mistake.”
More often than not, langkah paling berkesan bukan menyerang balik.
Tetapi membiarkan lawan buat lebih banyak kesilapan.
Kita lihat sama ada taktik si Otai ni mengena.
Bila lawan memerlukan kemenangan lebih 40 kerusi untuk tunjukkan mereka makin kuat, dan boleh tawan Putrajaya.
Otai ini hanya perlu mengharapkan pengundi pragmatik pelbagai bangsa, beramai-ramai keluar mengundi.
Kalau tinggi peratus mereka yang keluar mengundi, beliau akan dapat untung jua.
Mari kita tengokkan sama ada playbook beliau berjaya.
BACA JUGA Sharon Teo sah calon PH di Permas, wanita muda AMANAH ini sedia galas amanah rakyat Johor