Mahasiswa perlu main peranan didik pengundi muda tidak termakan politik cemuh

Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Haifizudin berpendapat sudah tiba masanya mahasiswa memainkan peranan penting dalam mencorak dan mempengaruhi gaya politik baharu di Johor.

Memandangkan kebanyakan pengundi muda kini tidak fanatik kepada mana-mana gerakan politik, mahasiswa perlu berperanan meningkatkan kematangan pengundi muda ke arah menjadi pengundi yang bijak dan tidak termakan naratif sempit serta budaya politik hina menghina, serta cemuh mencemuh.

Beliau mahasiswa mempunyai peranan besar untuk menjana informasi dan fakta yang sahih terhadap masyarakat. 

“Mahasiswa juga adalah ejen kepada penterjemahan politik berasaskan nilai. Ini tanggungjawab mahasiswa sebagai golongan terpelajar dan berpendidikan.

“Dengan penglibatan mahasiswa terhadap gaya dan model politik matang dalam memilih calon ini akan memberikan kesan positif kepada amalan politik di Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan.

Hakim berkata, kesannya nanti, anak muda dilihat bukan sekadar pak turut semata-mata sebaliknya akan dipandang tinggi kerana sama-sama ingin membantu dalam membangunkan negara.

BACA JUGA Bang Mat seru pengundi pilih pemimpin bekerja untuk rakyat, sokong PH di DUN Mahkota