Itu menantu Mat Sabu! Wanita Muda AMANAH lapor SKMM, polis
Berikutan tular fitnah penyebaran satu gambar Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dengan seorang wanita, Wanita Muda AMANAH (Warda) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ketua Warda, Masturah Abu Bakar memberitahu beliau juga akan membuat laporan polis berhubung hantaran yang menurutnya daripada penyokong Pas itu.

Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik hari ini, Masturah mempersoalkan budaya politik penyokong Pas yang sering terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap lawan politik.
“Level penyokong Pas memang kaki fitnah ke?” tempelaknya yang turut berkongsikan tangkap layar hantaran individu berkenaan.
Masturah menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan serangan peribadi terhadap individu dalam kepimpinan parti.
“Saya kecam keras tindakan fitnah individu bernama Siti Aminah memfitnah pimpinan Wanita Muda AMANAH yang juga menantu kepada YB Presiden,” kata Masturah lagi.
BACA JUGA Tergamak Johor buat tindakan ini terhadap PM selepas puluhan bilion dicurah dari Putrajaya