Bang Mat seru pengundi Johor balik tunaikan tanggungjawab 11 Julai ini
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru rakyat Johor untuk keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 11 Julai depan.
Beliau juga merayu ibu bapa, ahli keluarga untuk memaklumkan kepada anak-anak yang bekerja atau belajar di luar Johor supaya pulang mengundi.
“Bang Mat nak ajak semua rakyat Johor keluar mengundi dan tunaikan tanggungjawab kita. Setiap undi amat bermakna untuk masa depan negeri Johor.
“Marilah kita bina sebuah Kerajaan Johor yang bekerja kuat, telus dan cakna kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau agama,” katanya ketika turun menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Pagi Taman Pelangi, Johor Bahru sambil berkempen untuk calon Pakatan Harapan N.44 Larkin, Suhaizan Kaiat.
Untuk kesekian kalinya, Mohamad menegaskan bahawa Johor perlukan politik yang menyatukan, bukan yang memecah-belahkan.
Beliau yakin apabila semua pihak bersatu, ekonomi akan terus berkembang, peluang pekerjaan bertambah dan kebajikan rakyat akan terus terbela.
BACA JUGA Ezam tekad perjuang kebajikan warga emas, mahu kerajaan negeri selari dengan Persekutuan