Bercelarunya Pas, nak Melayu bersatu tapi arah ahli pangkah MCA bukan calon Melayu PH
Oleh NORMAN RADZUAN
Pas dan Bersatu bersama dalam Perikatan Nasional (PN) tetapi Pas suruh ahlinya pangkah MCA bukan Bersatu?
Pas kata nak Melayu bersatu tapi Pas suruh pangkah Cina MCA bukan Melayu PH, Dr Maszlee Malik?
Dalam masa sama, Pas suruh pangkah BN, tapi Pas juga bertanding 11 kerusi di DUN Johor. Kenapa Pas tidak bertanding terus di Johor?
Pas mahu bekerjasama dengan Umno tapi dalam PRN Johor Pas lawan Umno, mengapa Pas tidak bertanding di Johor?
Pas mahu bekerjasama dengan Umno. Isunya sanggupkah Pas beri laluan 10 kerusi untuk Umno di Kelantan dan Terengganu?
Pas kata mereka benci DAP tapi mereka tak lawan DAP satu kerusi pun di PRN Johor?
Pas (Hadi Awang) kata mahu Johor dipimpin orang Melayu. Onn MB Johor itu memang Melayu bukan Rohingya dan Umno ada 40 kerusi selesa sebelum ini tetapi kenapa Hadi kata nak dipimpin orang Melayu?
Pas kata mereka lawan DAP sebab DAP tolak undang-undang Islam. Tapi Pas suruh ahlinya pangkah MCA yang menolak pelaksanaan hukum hudud Islam?
Pas kata dia lawan parti yang tolak hukum Islam? MCA tidak pernah berubah untuk tolak hukum Islam sejak dari dulu lagi hingga sekarang.
Siapa yang berubah dan diubah? Adakah MCA berubah atau MCA berjaya mengubah prinsip Pas?
BACA JUGA Ahli Pas dikerah undi MCA, MIC: Murahnya agama demi berpolitik