Umno dan Pas belum cukup angka, ini realiti sebenar siapa sebenarnya penentu Putrajaya

Oleh DATUK AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Jika Umno keluar kerajaan dan bersama Pas, adakah PN dan BN boleh membentuk kerajaan?

Mari kita lihat beberapa senario berikut.

𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐎 𝟏: 𝐁𝐍 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐏𝐍

Kiraan:
PN (62) + BN (30) = 92 kerusi

Keputusan:
❌ Masih belum cukup majoriti

Kekurangan: 112 – 92 = 20 kerusi

Maknanya PN + BN sahaja tidak boleh membentuk kerajaan.

𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐎 𝟐: 𝐏𝐍 + 𝐁𝐍 + 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬

PN + BN: 92
Tambah Bebas/lain-lain: ±14

Jumlah: ±106 kerusi

Masih:
❌ Belum mencapai 112

Masih kurang sekitar: 6 kerusi

𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐎 𝟑: 𝐏𝐍 + 𝐁𝐍 𝐂𝐮𝐛𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐏𝐒 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐑𝐒

Jika tambah:
PN + BN: 92
GPS: +23
GRS: +5

Jumlah: 120 kerusi

Secara matematik:
✅ Boleh membentuk kerajaan

Tetapi persoalannya:

Adakah GPS dan GRS akan meninggalkan Kerajaan Perpaduan untuk bersama PN-BN? Sanggupkah GPS dan GRS menerima Pas, BN dan PN?

𝐅𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐆𝐏𝐒 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐑𝐒

Kekuatan kerajaan selepas PRU15 banyak bergantung kepada parti Sabah dan Sarawak.

GPS mempunyai 23 kerusi dan sering menekankan:

  • kestabilan politik;
  • hak Sabah/ Sarawak;
  • pembangunan negeri;
  • hubungan dengan kerajaan pusat.

Semua ini mendapat perhatian tinggi daripada Kerajaan Perpaduan dipimpin oleh PMX Anwar Ibrahim.

GRS pula mempunyai kepentingan tersendiri dalam politik Sabah. Kerjasama bersama Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX Anwar Ibrahim juga dilihat jauh lebih berdaya maju untuk negeri Sabah.

Tanpa GPS dan GRS:
❌ PN + BN tidak cukup.

Dengan GPS + GRS:
✅ Secara angka boleh melepasi majoriti.

𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤

Naratif “UMNO keluar, kerajaan jatuh”, jelasnya adalah Tidak Tepat!

Naratif “PN + UMNO terus boleh ambil alih kerajaan”, juga adalah Tidak Tepat!

Realitinya?

UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan hanya membuka ruang rundingan politik baharu. Ia tidak automatik menjadikan PN dan BN kerajaan.

Kecuali jika berlaku salah satu perkara berikut :

  • PH kehilangan sokongan rakan-rakan kerajaan;

atau

  • PN-BN berjaya menarik GPS, GRS atau parti lain;

atau

  • Berlaku perubahan besar sokongan Ahli Parlimen.

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧

“UMNO keluar kerajaan, kerajaan tidak automatik tumbang. UMNO bergabung dengan PN sekali pun, BN + PN masih belum cukup angka.”

“Lebih bertanggungjawab adalah menginsafi bahawa politik Malaysia bukan sekadar tambah atau gabung kerusi, tetapi soal siapa mampu mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat yang berbilang kaum dan membentuk kerajaan yang bukan sahaja stabil, tetapi diyakini serta dihormati oleh kawan dan lawan, sama ada dalam peringkat negara, apatah lagi dunia antarabangsa.”

𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐨𝐤𝐡𝐭𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐥𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐢

Adalah lebih menarik apabila digambarkan analisis berkaitan:

“Jika PRU16 berlaku, adakah PAS mampu mengekalkan 43 kerusi, dan apakah risiko kepada UMNO-BN?”

Sanggupkah UMNO memberi peluang kepada saingan utamanya iaitu PAS untuk pulih dan berkembang?

Bolehkah UMNO mempercayai PAS?

Dan iktibar paling mahal adalah bahawa sejarah telah membuktikan, PAS sebenarnya tetap tidak akan boleh bekerjasama dengan sesiapa pun selain menjadi “parasit” untuk terus relevan dan bertahan.

Selepas menyedut kekuatan pihak yang ditumpang, Pas sekali lagi akan terus beralih mendapatkan mangsa baharu. Mudah, untuk menjadikan ia cantik cukup membalutnya dengan bungkusan agama , dan selepas pemergian almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz, ia ditambah dengan balutan bangsa.

Selepas itu, bangsa dan agama itu tetap akan berpecah belah kerana pergelutan kuasa Pas. Kemelut yang berlaku di Perlis cukup jelas bagi mereka yang mahu berfikir.

Memang suatu yang amat menghairankan dan mendukacitakan apabila UMNO yang hanya beberapa tahun lepas dilabelkan PAS sebagai itik yang patah kaki, hakikatnya kini sedang menyediakan ramuan terbaik untuk PAS kembali segar dan bugar.

Sesungguhnya saya simpati dengan sahabat-sahabat UMNO yang saya baru kenali, dan mendoakan agar UMNO sedar siapa sebenarnya rakan yang boleh dipercayai, dan sebaliknya.

Dan, dalam pada seronok memecahbelahkan Kerajaan Perpaduan, dan sambil-sambil cuba membuat percaturan kedudukan Presiden Umno, Haji Hadi terus menaburkan fitnah kononnya PH menyebar Islamofobia, dan PH menjadikan DAP sebagai Imam Politik.

Untuk ini, kita serahkan Haji Hadi kepada Allah, dan cukuplah Allah menjadi pembela kita di atas lidah jahat Haji Hadi ini.

حسبن الله و نعم الوكيل.

BACA JUGA Gelanggang tempur PRN Negeri Sembilan ke-16 buka tirai penamaan calon hari ini