Pas wajibkan ahli undi calon BN tapi ini 6 pendirian MCA terhadap Islam
Pas menegaskan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan perlu diteruskan di peringkat ahli bukan sahaja di peringkat kepimpinan tertinggi antara Pas dan Umno.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua ahli parti itu termasuk ahli keluarga diwajibkan untuk mengundi calon BN termasuk calon Umno, MCA dan MIC.
Tegasnya, arahan itu bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak menjadi kerajaan semula di Negeri Sembilan.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan ahli Pas supaya “menjaga adab” dan tidak lagi membangkitkan apa-apa isu berkaitan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Takiyuddin juga melarang ahli Pas memperkatakan apa sahaja kes berkaitan yang boleh menimbulkan fitnah terhadap mana-mana calon atau pun parti yang mewakili BN.
Arahan Pas menjelang PRN Negeri Sembilan itu bagaimanapun dilihat mencetuskan kecaman memandangkan MCA yang merupakan komponen BN mempunyai rekod negatif berkaitan isu Islam.
Konsisten menolak
Berikut antara enam pendirian MCA mengenai perkara berkaitan kepentingan Islam di negara ini:
1) Menentang pelaksanaan hudud
MCA secara konsisten menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak selaras dengan sistem Perlembagaan dan masyarakat majmuk.
2) Membantah pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355)
MCA menentang cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) kerana menganggap ia akan memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah dan mengubah keseimbangan sistem perundangan.
3) Membantah pelaksanaan wajib tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
- MCA membantah pelaksanaan wajib pengajaran tulisan Jawi/khat di SJK.
- Pendirian rasmi MCA ialah mereka tidak menolak tulisan Jawi sebagai warisan budaya, tetapi tidak bersetuju jika ia diwajibkan dalam kurikulum SJK.
4) Menolak konsep negara Islam
MCA menyatakan Malaysia perlu kekal berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak menyokong konsep negara Islam seperti yang diperjuangkan oleh sesetengah parti.
5) Mempertikai peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan pusat tahfiz
MCA mempertikai peruntukan RM200 juta oleh kerajaan MADANI kepada Sekolah Agama Rakyat dan pusat-pusat tahfiz.
6) Membantah larangan minum arak di kawasan awam oleh kerajaan Negeri Sembilan
Pemimpin-pemimpin MCA membantah larangan oleh pihak kerajaan Negeri Sembilan untuk rakyat melakukan akitivi minum arak di kawasan awam seperti di taman rekriasi dan tepi pantai atas hak peribadi penganut bukan agama Islam.
BACA JUGA Malaysia bukan negara suruhan, kerajaan MADANI tidak tunduk tekanan ahli Kongres AS