Saya tak mahu layan ‘kenyanyukan seseorang’ – Ahmad Zahid tuju kepada siapa?
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi tampil bersuara susulan dakwaan berlaku campur tangan “orang luar” dalam pemilihan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam sidang media hari ini, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu melayan perangai “nyanyuk” seseorang yang tidak memahami realiti politik.
Kata beliau, selaku pengerusi parti, beliau bertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan nama Menteri Besar kepada pihak istana.
“Saya tidak mahu melayani ‘kenyanyukan seseorang’ yang tidak memahami realiti politik bahawa nama mesti dikemukakan kepada pihak Istana dan sebagai Pengerusi BN tentunya saya perlu mengemukakan watikah dan juga cadangan nama.
“Kalau tugas saya sebagai Pengerusi BN di peringkat kebangsaan dianggap sebagai orang luar, ertinya kenyanyukan itu jelas terpancar daripada wajah orang yang mengatakannya,” katanya menurut Sinar Harian.
Sebelum ini Pengerusi Wawasan Negeri Sembilan, Rais Yatim, mempersoalkan urusan pelantikan Menteri Besar, mendakwa wujudnya campur tangan dari “luar” dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.
Difahamkan, beliau merujuk kepada pertemuan Presiden Umno, Ahmad Zahid yang menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Kritikan terhadap Zahid dibuat kerana menurut Rais, jasa Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak diberi pengiktirafan sewajarnya di sebalik sumbangan pemimpin itu kepada Negeri Sembilan.
Rais menyifatkan, Jalaludin yang sudah bertungkus-lumus berkhidmat, telah diketepikan, sedangkan jasa beliau sepatutnya dihargai.
BACA JUGA Rais Yatim persoal pelantikan MB N. Sembilan, dakwa jasa Jalaludin dilupakan