Pas cabut lari dari Dewan Rakyat tapi ‘muntah hijau’ di media sosial, ini sebabnya

Oleh SAHUL HM

Ahli Parlimen lain elok saja boleh berbahas di Parlimen termasuklah daripada parti pembangkang.

Soalan ditanya, soalan dijawab. Tak timbul sebarang masalah pun setakat ini.

Menteri Kewangan II respon, Menteri Agama respon. Pakar perakaunan forensik, Dr. Radzi Jidin pun membedah sama. Syed Saddiq yang sangat kritis terhadap kerajaan pun ikut membahas.
Menteri UMNO pun relaks saja duduk dan mendengar.

Naratif yang nak ditanam, PMX lari kerana takut. Semoga mereka semua dilindungi daripada penyakit dementia.

Sebabnya, yang memperkenalkan Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat
buat pertama kalinya adalah PMX sendiri.

Berhadapan macam-macam soalan terus kepada beliau ketika PMQT.

Cuma yang tak berani bertanya soalan kepada PMX waktu PMQT secara terus adalah pimpinan agung mereka saja, kerana kerap ponteng Parlimen.

Apa yang lebih kelakar? Mereka itu keluar Parlimen, tapi buat posting di Facebook dan Tiktok. Meracau tak ketahuan hala.

Hujah dan soalan yang sepatutnya diluahkan di Parlimen, dimuntahhijaukan di media sosial. Pemimpin jenis apa mereka ini?!

Sepatutnya di Parlimen itu dilawan dan dilondehkan segala kebobrokan, baik dari parti mana sekalipun, termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dari dulu sampai sekarang tak henti-henti diserang dan difitnah.

Bukalah pekungnya di Parlimen, dan bawalah ke muka pengadilan jika ada salah laku.

Sebenarnya apa masalah pemimpin Pas dan konconya ini? Masalah hati. Itu sahaja.

BACA JUGA Suhaimi ungkit semula dakwaan 99% ketua cawangan ke Makkah?