MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan proklamasi turunkan Tuanku Muhriz
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau tanpa rela hati telah dipaksa untuk menandatangani Surat Cara Proklamasi bertujuan memecat Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata laporan polis telah dibuat sekitar jam 6 petang pada 8 September bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, Kerajaan Negeri berpendirian Surat Cara tersebut tidak memenuhi proses dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
“Oleh itu, ia adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan,” katanya.
Beliau berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Bil. 5 Tahun 2026 yang bersidang pada 8 September 2026 turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah untuk mencari penyelesaian isu adat secara harmoni, berhemah dan berlandaskan semangat muafakat.
Dalam masa sama, Kerajaan Negeri turut merujuk kepada Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Persekutuan menjamin hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan serta perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemuliaan dan kedudukan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus terpelihara.
“Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Muhriz sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat,” ujarnya.
BACA JUGA Proklamasi jatuhkan Tuanku Muhriz tak sah!” Undang Sungei Ujong tampil bersuara