Lembaga Pengampunan tangguh permohonan Najib ke mesyuarat yang akan diadakan kelak

Perbincangan mengenai permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk diampunkan oleh Lembaga Pengampunan ditangguhkan ke mesyuarat yang akan diputuskan kelak.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri berkata, KDYMM Yang Dipertuan Agong berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Dalam mesyuarat kali ke 63 hari ini, Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk membebaskan 65 banduan.

“Semua banduan bukan warganegara hendaklah diusir dan dihantar pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini tersebar berita kedudukan permohonan Najib akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan hari ini.

Najib memohon untuk diampunkan oleh Lembaga Pengampunan selepas kecoh sebelum ini isu beliau diberikan hak untuk ditahan di rumah selepas Lembaga Pengampunan sebelum ini mengurangkan tempoh penjara dan hukuman kepada 50 peratus sahaja.

BACA JUGA RM51.4 billion: Rakyat belum lupa, rakyat masih membayarnya, kata PKR