Tiga beradik maut kemalangan ketika ke sekolah, Anwar zahir simpati
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga beradik yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor, semalam.
Anwar berkata beliau dukacita menerima berita mengenai kejadian itu dan berharap seluruh keluarga mangsa dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.
“Dukacita menerima khabar tiga beradik maut ketika dalam perjalanan ke sekolah dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Sirat, Pontian, Johor, hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau turut menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga mangsa yang sedang melalui ujian berat susulan tragedi berkenaan.
“Saya menzahirkan simpati yang mendalam kepada seluruh keluarga dan mendoakan agar mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.
Anwar turut mendoakan agar roh ketiga-tiga mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Semoga roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
BACA JUGA Belanjawan 2027 esok: PMX beri bayangan, apa nasib poket rakyat?