Dulu Pas ucap ‘Good Luck’ kepada Trump, kini Republikan tersungkur teruk di Kongres
Ucapan ‘Good Luck, Mr. President’ yang pernah ditujukan Pas kepada Donald Trump pada 2024 kini menarik perhatian apabila Parti Republikan kehilangan penguasaan Kongres Amerika Syarikat (AS).
Dalam pilihan raya pertengahan penggal semalam, Parti Demokrat berjaya merampas majoriti Dewan Perwakilan dan Senat, menurut laporan Associated Press (AP).
Keputusan itu memberi tamparan hebat kepada Republikan yang sebelum ini menguasai kedua-dua dewan dan mempunyai kelebihan untuk menyokong agenda pentadbiran Trump.
Antara kemenangan penting Demokrat ialah di Texas, Kansas, Iowa, Ohio, North Carolina dan South Carolina yang menyaksikan beberapa kerusi Senat Republikan berjaya dirampas.
Pada 6 November 2024, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengutuskan ucapan tahniah kepada Trump menerusi Facebook selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden AS.

Fadhli memulakan kenyataannya dalam bahasa Inggeris dengan ungkapan ‘Good Luck, Mr. President’ sambil menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak Pas.
Dalam hantaran sama, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berharap agar penggal kedua pentadbiran Trump bebas daripada konflik dunia serta mampu membawa kestabilan dan persefahaman antarabangsa.
Bagaimanapun, hampir dua tahun kemudian, AP melaporkan isu kos sara hidup, perang dengan Iran dan kebimbangan terhadap pentadbiran Trump antara perkara yang mempengaruhi pengundi Amerika.
Trump dilaporkan mengucapkan tahniah kepada Demokrat, namun menyalahkan calon Republikan yang tewas dan menolak tanggapan bahawa keputusan itu merupakan penolakan peribadi terhadapnya.
Kemenangan Demokrat dijangka menyukarkan pentadbiran Trump melaksanakan dasarnya tanpa sokongan Kongres, meskipun pemimpin yang pernah muncul dalam tiga video Playboy itu masih kekal sebagai Presiden Amerika Syarikat.
BACA JUGA Pemilik syarikat bergelar Datuk disyaki rasuah anggota polis RM1 juta ditahan SPRM