10 fakta hubungan Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz
- Bersama dalam perjuangan Reformasi
Hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin terserlah selepas tercetusnya gerakan Reformasi pada 1998. Pas ketika itu turut memberikan sokongan kepada perjuangan Anwar.
- Bersama membina Pakatan Rakyat
Anwar dan Nik Aziz merupakan antara tokoh utama yang membantu menyatukan PKR, Pas dan DAP menerusi penubuhan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum 2008.
- Nik Aziz mempertahankan kepimpinan Anwar
Nik Aziz merupakan antara pemimpin utama Pas yang mempertahankan kerjasama politik dengan PKR serta menyokong kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat.
- Anwar menghormati kepimpinan Nik Aziz
Pada November 2009, Anwar menyatakan keterbukaan terhadap cadangan supaya Nik Aziz mengetuai Pakatan Rakyat, tertakluk kepada persetujuan parti-parti komponen.
Cabaran politik
5. Anwar sering mendapatkan nasihat Tok Guru
Anwar beberapa kali mengunjungi Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan, termasuk untuk mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menghadapi cabaran politik.
- Persahabatan tidak menghalang teguran
Pada Februari 2012, Nik Aziz secara terbuka menegur Anwar berhubung kontroversi kenyataannya mengenai keselamatan Israel. Namun, perbezaan pandangan itu tidak memutuskan hubungan politik kedua-duanya.
- Nik Aziz menolak kerjasama Pas dengan Umno
Dalam wawancara bersama Harakah pada Mei 2013, Nik Aziz menyatakan pendirian menentang cadangan kerjasama politik antara Pas dengan Umno, ketika Pas masih bersama Anwar dalam Pakatan Rakyat.
- Anwar meminta doa daripada Nik Aziz
Pada Mac 2014, Anwar menemui Nik Aziz ketika menunaikan solat Subuh berjemaah di Pulau Melaka. Beliau meminta Tok Guru mendoakan kesejahteraan dan kekuatannya dalam menghadapi cabaran politik.
- Pakatan Rakyat kehilangan dua tokoh dalam tempoh 48 jam
Anwar kembali dipenjarakan pada 10 Februari 2015, manakala Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015. Ketiadaan kedua-duanya merupakan kehilangan besar kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.
- Ketiadaan kedua-duanya menjadi titik perubahan politik Pas
Pakatan Rakyat berpecah pada Jun 2015, disusuli penubuhan Amanah pada September tahun sama. Empat tahun kemudian, Pas di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang memeterai Piagam Muafakat Nasional bersama Umno pimpinan Ahmad Zahid Hamidi.
Sejarah hubungan Anwar dan Nik Aziz merupakan sebahagian daripada perjalanan politik Malaysia yang memperlihatkan bagaimana persahabatan, persefahaman dan perbezaan prinsip membentuk kerjasama antara parti politik.
BACA JUGA Anwar tidak pertahan kenyataan Tony Pua, tegas tiada amalan dua darjat dalam siasatan isu 3R