MP Bangi disaran saman laskar siber PN

Orang ramai menyarankan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan segera mengenakan tindakan mahkamah terhadap laskar siber Pas-Perikatan Nasional (PN) yang tidak sudah-sudah menabur fitnah.

Gesaan itu muncul susulan amaran Syahredzan yang juga peguam terhadap TikTokers Pas-PN yang memuatnaik kandungan video memfitnah.

Pemimpin DAP itu memberitahu beliau memberi tempoh 24 jam kepada individu terbabit untuk memadam video fitnah tersebut.

“Dalam beberapa hari ini, penyokong Pas/PN yang padam/tarikbalik/mohon maaf hantaran yang memfitnah saya.

“Siapa yang masih berdegil, saya tidak akan teragak-agak untuk saman.

“Sudah-sudahlah tu fitnah saya. Sebelum kempen, masa kempen dan sekarang enam bulan lepas saya dipilih pun!” tegasnya menerusi ciapan di Twitter pagi ini.

Walau bagaimanapun, rata-rata warganet berpendapat tempoh sehari yang diberi oleh wakil rakyat itu terlalu lama memandangkan video fitnah tersebut sudah tersebar luas.

Ada juga mencadangkan supaya penyokong Pas yang memfitnah itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Rasanya lama 24 jam (tempoh padam video fitnah) tu. Memang modus operandi sebar dulu baru delete. Nanti dah sebar ramai yang akan percaya. Lagi dibiarkan lagi parah nanti, tuan.

“Saman je YB. Kalau tak, memang dia teruskan je buat macam ni (memfitnah) sebab tiada tindakan pun kalau fitnah. Saman!

“YB, kita sabar ni ada had. Saman terus puak-puak pemfitnah ni. Hari ni minta maaf, esok ulang lagi.

“Terus saman je tuan sebab video tu nanti orang akan sebar dalam WhatsApp dan Telegram. Saya orang awam pun naik rimas tengok. Yang mudah terpengaruh golongan orang tua yang hanya dengar separuh saja video tu,” demikian antara pendapat warganet.

Fitnah oleh penyokong pembangkang melalui wadah media sosial dilihat semakin rancak ketika menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Laskar siber PN menggunakan aplikasi video popular, TikTok dengan mengetengahkan naratif fitnah sama seperti berlaku menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lepas.

Tumpuan laskar siber PN adalah golongan anak muda yang merupakan segmen pengundi 18 tahun selain pengundi baharu dan pengundi atas pagar.

BACA JUGA Tiga TikTokers Pas sudah ‘hilang’ dari radar

Â