Hadi fatwakan rasuah pilihan raya halal?

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai mengeluarkan fatwa dengan dalil dan hujjah baharu bahawa rasuah pilihan raya adalah halal.

Namun bagi orang ramai, kenyataan terbaru Hadi bahawa sedekah orang awam kepada pengundi untuk menarik sokongan mereka kepada parti-parti tertentu tidak bercanggah dengan undang-undang dan ia halal hanya satu bentuk fatwa baharu.

Mereka menyerang Hadi dengan pelbagai dakwaan dan yang paling banyak adalah mendakwa Hadi sentiasa mengubah dalil untuk menghalalkan sesuatu yang dibuat pihaknya.

Ia ditunjukkan dari ribuan komen yang dibuat orang ramai terhadap berita yang disiarkan oleh media terhadap kenyataan Hadi.

Abdul Hadi mempertahankan pengagihan wang tunai oleh parti itu kepada pengundi semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15), dengan mendakwa ia adalah sedekah dan tidak melanggar peraturan pilihan raya.

The Malaysian Insight (TMI) memetik Ahli Parlimen Marang itu sebagai berkata peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Keratan berita kenyataan terbaru Hadi tentang rasuah.

“Ikut undang-undang pilihan raya, calon atau wakil calon tak boleh bagi, orang awam nak bagi sedekah terpulang kepada dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Semarak Gelombang Rakyat bersama Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan semalam.

Umno Terengganu memfailkan tiga petisyen ke mahkamah bagi membantah keputusan pilihann raya di tiga kawasan Parlimen di Terengganu termasuk Marang, kawasan yang dimenangi Hadi.

Alasan yang diberikan mereka adalah kerana pengundi telah diberikan sogokan oleh Pas atau wakil mereka ketika kempen pilihan raya ke 15 baru-baru ini.

Menurut Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, banyak lagi rasuah diberikan semasa pilihan raya baru-baru ini namun mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengumpulkan bukti.

Amalan memberikan rasuah semasa pilihan sebelum ini dibantah oleh pemimpin Pas sebelum ini termasuk Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa ia adalah rasuah dan haram di sisi Islam.

Mohd Mokhtar Ahmad menulis, “Aduhai. Nak pusing lagi cari cari dalil untuk menghalalkan segala kesalahan. Kalau rasa diri patuh perintah Allah, itu pun tak kan lah nak diajar kot.”

Mohd Yusoff Yahaya pula berkata, “Terbaik YB Hadi kalau mereka buat, kata sedekah. Kalau orang lain buat RASUAH.”

Ada juga netizen yang berpandangan Ahli Parlimen Marang itu sedang sekolahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) makna rasuah.

Mohammad Rosli Jalani menulis, “Harap Hadi Awang dapat sekolahkan SPRM. Dia pandai ugama, ikot saja apa yg dia pandukan.

“Macam tu la aku penah dengar orang cakap..ikot saja..depa ni tau ugama lebih dari kita. hahaha mampoih” yang dipercayai ditujukan kepada sesetengah oarng ketika berhujjah kenapa mereka sokong Pas.

“Kalau kita tidak sokong ulama, nak sokong siapa lagi,” kata sesetengah pihak yang terperangkap dengan isu siapa yang patut mereka sokong tanpa menggunakan akal.

 

BACA JUGA Pas kini mengaku beri duit kepada pengundi, kata Sarawak Report