Pendidikan pun gagal, lagi mahu komen pasal ekonomi – Radzi Jidin dikecam

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ditempelak ramai gara-gara dakwaannya bahawa eksport Malaysia jatuh selama 10 bulan berturut-turut.

Bekas Menteri Pendidikan itu tidak dapat lari dari kecaman pengguna media sosial selepas menggelar kerajaan Madani sebagai Madanon dan meminta kerajaan agar fokus kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kepada yang duk sibuk nak berdebat tu, cukup-cukuplah terbawa-bawa nostalgia zaman sekolah dan fe’el masa jadi pembangkang dulu. Hangpa dah jadi kerajaan kot!,” katanya.

Bagaimanapun Radzi pula dipersoal tentang apa pula sumbangannya kepada sektor pendidikan selama ini.

Mereka juga bertanya apa usaha dilakukan Radzi untuk pelajar selepas Covid-19.

“Ah kau jadi menteri pendidikan pun gagal cakap banyak pula. Balik Australia lah Jidin,” komen pengguna X.

“YB buat apa untuk pelajar selepas Covid-19?”, komen lain.

“jumpa face to face dalam Yang Bakar Menteri. Sembang syok sendiri buat apa,” komen warganet lain.

Radzi pernah dikritik hebat kerana pengumuman penutupan dan pembukaan sekolah yang tidak kena pada masa

Beliau menutup sekolah secara mengejut tetapi kemudian mengumumkan semula pembukaan sekolah ketika ibu bapa bersusah payah menyediakan kelengkapan untuk pembelajaran di rumah.

Radzi juga pernah ditegur Maszlee Malik yang juga bekas menteri pendidikan kerana gagal melaksanakan tugas membabitkan projek menaik taraf sekolah daif.

Sepanjang pemimpin Bersatu itu mengambil alih jawatan selaku menteri kanan pendidikan, beliau gagal membuat pemantauan menyeluruh sehingga dilaporkan terdapat 830 buah sekolah di seluruh negara masih mempunyai blok bangunan daif yang tidak dibaiki.

Perkara itu terpaksa ditanggung kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akhirnya mengarahkan menteri pendidikan sekarang, Fadhlina Sidek untuk membaiki bangunan-bangunan sekolah daif.

BACA JUGA Sewa naik mencanak, peniaga di Alor Setar tidak puas hati

Â