Kelantangan PMX pertahan Palestin di Jerman tular seluruh dunia

Kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jerman baru-baru ini yang mematahkan pertanyaan berat sebelah oleh sebuah media asing terhadap Palestin bukan sahaja tular di Malaysia, bahkan mendapat perhatian seluruh dunia.

Beliau menjadi bualan di platform X sehingga ucapannya dipetik banyak masyarakat antarabangsa.

Harapan Daily meletakkan kata kunci “Prime Minister” dan menemui video ucapan PMX diulang kongsi berkali-kali oleh masyarakat luar.

Mereka antara lain mengagumi teguran luar biasa Perdana Menteri Malaysia ketika Canselor Jerman Olaf Scholz berdiri betul-betul di sebelahnya.

Jerman adalah antara negara yang kuat menyokong zionis Israel.

Masyarakat dunia menganggap ucapan Perdana Menteri menyebut tentang “hipokrit” dilemparkan tepat kepada Olaf Scholz yang sebelum itu menyatakan pendirian bahawa “Israel layak mempertahankan diri mereka sendiri”.

Penyanyi popular dari Sweden yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu di Malaysia iaitu Maher Zain juga memuat naik ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri.

Tidak hanya itu, Anwar mendapat pengiktirafan dari seorang penulis dan wartawan berpengaruh di United Kingdom, Mehdi Hassan. 

Penulis itu mempunyai rancangan televisyen sendiri iaitu The Mehdi Hasan Show yang sangat popular kerana kelantangannya menangkis tanggapan Islamophobia oleh pemimpin barat.

“Kita telah sampai ke tahap di mana Perdana Menteri Malaysia @anwaribrahim kini bercakap untuk majoriti rakyat dunia dan bukannya pemimpin Eropah atau Barat,” ciap pempengaruh itu yang mempunyai lebih 1.5 juta pengikut.

(We have reached a point where the prime minister of Malaysia @anwaribrahim now speaks for the majority of the world’s people and not a European or Western leader) – ciapan original dari akaun rasminya.

Anwar adalah harapan baru bagi mereka dan segala tindakan diambil beliau selepas ini akan terus diperhatikan masyarakat dunia.

Beliau kini bukan sahaja dikenali dengan kelantangannya, bahkan juga kebijaksanaan beliau.

Ayat “Why is this hipocracy” yang digunakan Anwar semasa membidas media asing berkenaan konflik di Palestin, menjadi ayat yang paling disukai masyarakat luar.

BACA JUGA Malaysia paling banyak eksport cip ke AS, walaun masih sembang bak kut teh

Â