Pertarungan di Kuala Kubu Baharu: Siapa lawan siapa?
Pertarungan di Kuala Kubu Baharu sudah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Di sebelah BN, presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah pun mengumumkan bahawa BN tidak akan mengetengahkan calon.
Meskipun begitu, ada suara-suara lantang dari MCA kerana perkara ini tidak dibincangkan di peringkat majlis tertinggi BN.
Yang jelas ialah Umno dan BN akan menyokong calon Pakatan Harapan daripada DAP.
Ada ura-ura di Kuala Kubu Baharu bahawa DAP mempunyai satu dua nama yang disenarai pendek. Salah seorang daripada calon tersebut ialah calon Melayu dan ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Ini telahpun dilaporkan oleh media.
Perkara menarik untuk dilihat dalam PRK ini yang akan berlangsung pada 11 Mei ialah siapakah lawan kepada calon DAP-PH.
Rekod pertandingan pilihan raya di Kuala Kubu Baharu menunjukkan bahawa ia gelanggang DAP melawan MCA seawal pilihan raya umum pada 2004.
Mendiang Lee Kee Hiong mengekalkan rekod tiga penggalnya sejak pilihan raya pada 2013.
Jika dilihat rekod pertarungan di DUN ini, Gerakan buat kali pertama turun ke gelanggang dalam edisi pilihan raya negeri Selangor bersekali dengan lima negeri lain pada 2023
Meskipun ia pertandingan empat penjuru, apa yang jelas PH dan PN merupakan dua gabungan yang mendapat undi terbanyak.
Gerakan bertanding di Kuala Kubu Baharu sebagai komponen PN.
Ketika itu, Gerakan ialah satu-satunya parti bukan Melayu di dalam PN.
Umum turut mengetahui nasib Gerakan yang rata-ratanya ditumpaskan oleh DAP.
Kini PN bukan lagi gabungan politik tiga parti tetapi empat parti.
Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dilaporkan oleh media akan memohon untuk menyertai PN.
Meskipun belum menjadi ahli penuh PN, parti tersebut direstui oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Oleh itu, peluang Gerakan untuk membuka langkah di Kuala Kubu Baharu adalah 50:50.
BACA JUGA: PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei
Â