Bekas timbalan pesuruhajaya Pas Sarawak dilantik CEO kumpulan Epic Berhad
Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Muhtar Suhaili telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Epic Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh Pas.
Sebelum ini, beliau yang pernah dilantik AJK Pas Pusat merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan EPIC Berhad.
“Alhamdulillah. Dengan Bismillah… In shaa Allah bermula Rabu 17 April ini saya akan memulakan tugas baharu sebagai Group Chief Executive Officer (GCEO) EPIC Berhad,” tulis Muhtar menerusi facebook beliau.
Semasa Pas berada dalam kerajaan pusat, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan juga Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).
Kedua-dua badan itu terletak di bawah menteri dari Pas ketika parti itu berada dalam kerajaan pusat.
Sebelum ini, beliau pernah menjadi Ketua Jurutera Projek di Shell Malaysia dan sebelumnya Jurutera di Perodua Auto Corporation Sdn Bhd selain Pengerusi & Ahli Lembaga Pengarah beberapa buah syarikat dan Penasihat beberapa pertubuhan pendidikan.
BACA JUGA PM Anwar watak utama “Misi Gila” tanpa mengira siapa dia