Bersabar, kita akan dapat berita baik untuk rakyat mengenai siasatan skandal

Perdana Menteri memberi jaminan, berita baik untuk rakyat akan dapat didengar tidak lama lagi berkaitan dengan penyiasatan yang dibuat terhadap salah laku.

“Saya percaya jika tuan-tuan bersabar, mungkin dalam masa terdekat kita akan dapat berita baik,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sessi soal jawab bersama Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Anwar menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin yang bertanya, apakah kesan dari tindakan PM memegang dua jawatan iaitu termasuk Menteri Kewangan.

PM Anwar menjawab, memegang dua jawatan tidak ada masalah jika ia tidak digunakan untuk merompak wang negara.

“Gabung tak salah, tetapi gunakan jawatan itu untuk rompak yang salah,” kata PM Anwar.

Anwar juga bertekad, untuk menggunakan segala usaha untuk mengelak dan menghalang khianat dan rasuah dari berleluasa.

PM Anwar juga berkata, skandal kewangan negara memang berlaku semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Putrajaya itu.

“Ada kebenaran masa BN berlaku ketirisan. Tetapi semasa PN juga berlaku kerosakan yang banyak juga.

“Dana Wibawa, Penebatan Banjir sedang dalam siasatan. Ia urusan SPRM. Tindakan undang-undang pula terletak pada Pegyuam negara,” kata beliau.

 

BACA JUGA Tradisi waktu pertanyaan perdana menteri

Â