Rupanya ada sebab Fahmi arah organisasi media berdaftar kemas kini maklumat
Semua organisasi media berdaftar di negara ini diarah mengemaskini maklumat masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pemberita sambilan atau stringer.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia susulan pihaknya akan menampung caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pemberita sambilan yang berdaftar dengan pelbagai organisasi media seluruh negara.
Beliau berkata, caruman tersebut akan bermula pada 1 Julai ini dengan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) akan menanggung caruman bagi tempoh setahun pertama.
Katanya, berdasarkan data Jabatan Penerangan, seramai 565 pengamal media yang berdaftar seluruh negara adalah bertaraf sambilan.
“Perkeso mengesahkan 538 daripadanya (stringer) tiada caruman Perkeso, namun layak didaftarkan.
“Maka dengan ini, sukacita saya umumkan, bermula 1 Julai 2024, Kementerian Komunikasi melalui Bernama akan menampung caruman Perkeso untuk kesemua pengamal media dalam kategori itu bagi tempoh satu tahun,” katanya hari ini.
BACA JUGA Anda benteng utama lawan penyebaran berita palsu, siapa dimaksudkan?
Â