Selepas kecewa pusat servis tiada simpan stok tayar, pemilik Honda RS ini beri nasihat buat bakal pembeli

Seorang pemilik kereta model HR-V RS menceritakan pengalamannya yang kecewa apabila pusat servis tiada simpanan stok tayar.

Menurut Adzman Kamaruddin, apa yang ada hanya repair kit yang mana kalau tayar pecah akan jadi kit pasu bunga.

Menerusi laman X, beliau menasihatkan kepada sesiapa yang berhajat hendak membeli Honda RS atau apa-apa model hybrid perlu fikir masak-masak.

“Kereta bagus tapi selepas jualan teruk sangat!” katanya yang setakat inimeraih lebih 802,000 views.

Adzman berpendapat polisi Honda Insurance (HIP) sebagai menganiaya pelanggan.

“Tak boleh tunda ke bengkel luar itu ok, kita terima. Yang tak boleh terima apabila kena tunda ke tempat yang tak ada part. Dalam kes ini tayar.

“Bila sampai SC (pusat servis) tayar tiada stok. Telefon SC lain paling cepat dua hari. Yang lain dua hingga tiga minggu,” tulisnya membalas antara komentar netizen.

Terdahulu, beliau berkongsikan cerita bagaimana tayar kereta HR-V RS miliknya pecah terlanggar objek di lorong kanan lebuhraya PLUS sebelum susur keluar Tanjung Malim sekitar jam 5.30 pagi pada 4 Jun lalu.

“Telefon Honda Insurance (HIP), mereka hanya mampu tunda kereta ke pusat servis (SC) terdekat.

“Nasib baik ada trak PLUS bantu tunda keluar ke exit dan trak HIP hanya sampai jam 10.15 pagi, dekat 5 jam tunggu.

“Dan apa yang saya alami selepas itu betul-betul menyakitkan hati,” katanya.

Adzman menambah bayangkan hampir semua SC tidak simpan stok tayar dan paling awal perlu tunggu dua hari.

“Agak-agaklah tayar pecah kena tinggal kereta dua hari!

“Dah lah nak tunda ke bengkel luar pakej insurans menyakitkan hati. Selepas tunda ke SC, kalau nak keluar kena bayar sendiri!

“Lepas ni nak urus claim dengan @plus2u dan @plustrafik pula tengok apa cerita harap dipermudahkan,” tambah Adzman lagi.

BACA JUGA Prestasi Negeri Sembilan, Selangor dipuji selepas MB Kedah jawab projek mega ada kekangan

Â