MetMalaysia beri amaran fenomena La Nina dijangka melanda bulan depan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena La Nina, yang biasanya membawa keadaan cuaca lebih lembap, akan bermula antara Julai dan September,
Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata fenomena itu lazimnya mencapai kemuncak menjelang akhir tahun dan berterusan pada awal tahun depan.
Namun ia dijangka melanda negara pada kekuatan lemah hingga sederhana.
“La Nina boleh bertahan antara lima hingga 18 bulan. Berdasarkan model ramalan antarabangsa, La Nina akan datang dijangka berada pada kekuatan lemah atau sederhana,” katanya memetik laporan The Star.
Muhammad Helmi berkata, setiap episod La Nina adalah unik dan mungkin memberikan hasil yang berbeza.
Justeru, MetMalaysia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengemas kini maklumat cuaca negara berdasarkan input terkini daripada pelbagai model cuaca.
Tambahnya, La Nina, bersama-sama dengan monsun timur laut, yang biasanya bermula pada bulan November, boleh memanjangkan keadaan cuaca lembap di sepanjang pantai timur semenanjung sehingga Mac tahun depan.
“Ribut tropika juga dijangka lebih aktif di barat Lautan Pasifik semasa tempoh La Nina. Ini boleh mengakibatkan cuaca lembap disepanjang pantai barat Sabah dan utara Sarawak,” katanya.
Episod La Nina sebelum ini adalah pada 2020 dan hanya tamat awal tahun lalu.
la sepatutnya hanya bertahan setahun.
BACA JUGA Bas bawa rombongan guru kemalangan, Fadhlina rakam ucapan takziah
Â