Saifuddin bidas pihak jadikan pilihan raya tempat tentukan akidah pengundi
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membuat teguran terbuka, menegaskan pilihan raya bukan tempat menentukan akidah pengundi.
Kata beliau, tidak sepatutnya mana-mana parti mengatakan hanya dengan memilih mereka, maka pengundi adalah orang Islam sebenar.
Menurutnya, pilihan raya harus menjadi medan untuk parti politik menerangkan rancangan dan agenda yang diatur untuk rakyat sekiranya memenangi kerusi.
“Kempen pilihan raya bermaksud kedua-dua pihak yang berlawan bercerita (berkongsi) tentang dasar, rancangan, agenda mereka apabila mendapat kuasa memerintah dan bagaimana usaha untuk menolong rakyat.
“Pilihan raya bukan tempat untuk kita katakan bahawa ‘pilih kami maka hang orang Islam dan jika tidak pilih kami, hang bukan saudara kami lagi’.
“Itu tidak boleh, ini bukan urusan menentukan akidah pemilih tetapi adalah soal untuk menguruskan negara,” katanya dalam Ceramah Perpaduan malam tadi.
Sehubungan itu Saifuddin berkata, jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
BACA JUGA Calon PN akhirnya buka mulut isu ISO 14001, dakwa ada ‘sedikit silap’
Â